Contact Us
About Founder
Old Bee Park ditubuhkan oleh Muhammad Sallim pada tahun 2018. Permulaan berbekalkan satu koloni lebah Apis mellifera sehingga sekarang mempunyai hampir 150 koloni lebah untuk menghasilkan madu di ladang tanaman komersial dan membiak baka untuk dibekalkan kepada penternak lain. Beliau juga berjaya menguasai teknik permanian beradas bagi menghasilkan ratu lebah yang lebih berkualiti.
Misi
- Menghasilkan madu lebah asli berkualiti dengan meletakkan lebah di ladang tanaman komersial yang ada di Malaysia.
- Membekalkan madu asli dengan pelbagai jenis sumber yang boleh dinikmati oleh masyarakat tempatan.
- Menjalankan aktiviti penternakan lebah dengan beretika.
- Membiak baka lebah Apis mellifera dengan menggunakan kaedah permanian beradas.
